Monday 26 August 2013

INI KISAH KITA


 

   



seperti kisah dongeng dalam novel cinta, 
setiap cerita punya detik permulaan,
begitu juga dgn kita..
dari kawan kita menjadi sahabat kemudian hadir keserasian..
dan dari keserasian terbit kasih-sayang..
dari situ kita mula mengatur takdir,
mengukir janji sehidup semati,
setiap hari mendatang merupakan babak2 baru dalam kisah cinta kita,
kenangan diukir dgn penuh bahagia,
dan di simpan kemas dlm kotak fikiran..
impian agar kebahagiaan kekal hingga akhirnya,

TAPI,
kita lupa,
rancangan ALLAH itu lebih baik..
yang manis pasti ada pahitnya,
yang suka pasti ada duka,
yang suci pasti ada kotor jua..
langit yang cerah sesekali mendung juga..

kita terpisah jauh,
sy di sini,
awak di sana,
terpisah jauh kita demi mengejar cita-cita,
masing2 membawa haluan yang telah diaturkan,
harap bersatu dipenghujung jalan,
pelbagai ujian kita tempuh,
disitulah kesabaran, kepercayaan dan kesetiaan diuji..
kini,
kita masih di tempat yang sama,
kita yang masih mengayuh bahtera cinta,
kita yang masih belajar mencintai dan dicintai,
belajar menyayangi dan disayangi,

biarlah ustaz sebaik mana pon yg datang,
sy tetap memilih awak,
biarlah dato' sekaya mana pon yg datang,
sy tetap memilih awak..

 DOA
semoga sy adalah tulang rusuk awak yg hilang tu,
semoga ALLAH takdirkan sy adalah jodoh buat awak,
semoga hubungan yg terjalin ini kekal hingga akhirat..

JUJURNYA,
sy lah insan bertuah yang dapat mengenal,mencintai dan disayangi oleh awak..
sy tak mencari yang sempurna tp sy mencari insan yg boleh menerima kekurangan dan kelemahan diri sy..
terima kasih kerana sudi menyayangi mencintai sy seadanya..

lot of love : my_lamborghini




No comments:

Post a Comment