Thursday 29 August 2013

KITA SALING MEMERLUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MENJADI LENGKAP


BEGITU JUGA SAYA,
“Saya tak perlukan seseorang yang sempurna, tapi cukup untuk bertemu dengan seseorang yang selalu membuat diriku bahagia dan diriku beerti lebih dari sesiapa pun”


Benar, perbezaan itulah yang menyatukan kita.
 Perbezaan itulah juga yang memenangkan kita.
 Perbezaan itu melengkapkan kita. ^-^
 Tidak lain tidak bukan, kerana hati-hati itu telah dikunci dengan satu kunci UKHWAH. Walau besar mana perbezaan pendapat namun kunci itu berjaya menyatupadukan ikatan hati-hati yang dipilih untuk berada di bawah satu bumbung UKHWAH. Kasih Sayang & CInta tidak boleh dipisahkan. Dan kerana itu juga hati yang terjalin berjaya diikat kerananya. Subhanallah, indah sungguh aturan Allah. Menemukan setiap hati yang berbeza asal, berbeza latar belakang, bebeza pemikiran, berbeza tingkah laku, berbeza pengalaman, berbeza dari segala aspek, namun disatukan dengan kunci tersebut. Terselit sebuah hikmah untuk ALLAH bagi sebuah nilai kemesraan yang sungguh tinggi.

:)
Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah swt agar hatinya akan kamu miliki .  Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan , maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan .


•♥• ~~~ •♥•
Andai saya adalah tulang rusuk awak yang telah hilang
Saya berharap
Allah kekalkan hubungan ini hingga akhirnya
Supaya awak akan selalu membimbing saya
 Menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadari awak di syurga
Kerana saya ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai awak ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anak saya
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai awak ditakdirkan untuk saya
Saya harap awak boleh menjadi imam buat saya  dan anak kita
Awak boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Awak boleh mencintai saya apa adanya
Dan boleh melengkapi kekurangan saya dengan penuh kebijaksanaan
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Dan andai saya salah
Tegurlah saya dengan kata-kata awak yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai saya marah
Belailah rambut saya dengan penuh kasih sayang awak
Agar marah saya boleh berubah menjadi kelembutan
Andai saya lupa
Ingatkanlah saya dengan penuh kasih sayang
Agar nanti awak tetap menjadi suri tauladan bagi saya dan anak kita
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Kerana….
Saya hanya mengharapkan imam seperti awak dalam rumah tangga saya
Yang boleh selalu membawa saya ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama diri awak
~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~



lot of love : n_n

No comments:

Post a Comment