Thursday, 26 September 2013

ke manakah hilangnya JIWA..

بسم الله الرحمن الرحيم

..السلام عليكم جيوا



kemanakah hilangnya jiwa ku 
yang dulu umpama tembok batu gah 
yang sukar roboh dek kerana kata2 manusia dan perilaku mereka..
kemanakah hilangnya jiwa ku 
yang dulunya kental tak lut dek senjata tajam yang menikam..
kemanakah hilang jiwaku 
yang dulunya mampu berenang di lautan tanpa lelah dan mengalah..

hati ini kini,
seperti tembok usang menanti masa untuk menyembah bumi,
hati ini,
umpama pokok mati yang menanti saatnya tumbang ilal ardi,
hati ini,
umpama laut mati yang tiada fungsi lagi,


ya ALLAH..
di saat hambamu ini diuji dengan sakit yang sikit,
tanpa mereka yang disayangi,
hati mula meruntun..
agar mereka disisi..
kerna aq sendiri..
hati ini, jiwa ini, diri ini,
tak kuat nak berdepan dengan semua ini dengan sendiri..
hadirkanlah mereka pada hati ini..
agar aku tidak bersendiri di sini..
di bumi asing jauh dari mereka yang disayangi..



lots of love : n_n

No comments:

Post a Comment